Barisan Exco Kerajaan
Negeri Terengganu

Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang mengumumkan beliau memegang portfolio Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli, manakala ADUN Paka Datuk Satiful Bahari Mamat dilantik Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.

ADUN Wakaf Mempelam Wan Sukairi Wan Abdullah pula dilantik Exco Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

ADUN Jabi Dr Azman Ibrahim yang memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi pada penggal lepas kekal menerajui bidang berkenaan.

ADUN Kota Putera Mohd Khuzaini Abd Rahman yang sebelum ini menerajui portfolio keusahawanan dilantik Exco Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau.

ADUN Chukai Hanafiah Mat dilantik sebagai Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar.

ADUN Alor Limbat Ariffin Deraman yang memegang portfolio pelancongan pada penggal lepas pula dilantik Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

ADUN Kijal Datuk Razali Idris (Bersatu) sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar.

ADUN Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi diamanahkan portfolio Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah.

ADUN Tepoh Hishamuddin Abdul Karim dilantik sebagai Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.

ADUN Ajil Maliaman Kassim diberi portfolio Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional.

Ex-Officio

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

YBM TENGKU SERI BIJAYA RAJA
(DATO' SERI TENGKU FAROK HUSSIN BIN TENGKU ABDUL JALIL)

PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI

YB DATO' RAZALI BIN CHE ANI

PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

YB DATO' HAJI ROZALI BIN SALLEH