Terengganu Negeriku

Aktiviti Terkini

KEJOHANAN GOLF AMAL PESAT 2023

Persatuan Anak-anak Terengganu di Selangor & Wilayah Persekutuan (PESAT) akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal PESAT 2023 bertujuan mengumpul dana untuk membantu ahli-ahlinya yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.

Program ini juga adalah bagi menambah dana persatuan untuk menggerakkan aktiviti PESAT seperti kebajikan, agama, sosial dan pendidikan selain mengeratkan silaturrahim dalam kalangan peserta.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua terutama anak Terengganu dan Penaja.Butiran pertandingan adalah seperti ketetapan berikut :-
Tarikh :11 November 2023 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat :Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai
Format Pertandingan :Gross, System 36 Stableford

HARI TERBUKA DAN MESYUARAT AGUNG PESAT

Jom hadir beramai-ramai ke HARI TERBUKA PESAT 2023 sempena Mesyuarat Agung Tahunan PESAT Ke-43. Ada pelbagai aktiviti menarik seperti taklimat oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, taklimat Think Al-Quran, booth pameran, booth jualan, cabutan bertuah dan banyak lagi!

Jumpa anda di Dewan Karangkraf, Shah Alam hari Ahad ini dari pukul 9 pagi hingga 4 petang!

PENGUMUMAN

Kerajaan negeri memasuki ‘gear tiga’ bangunkan Terengganu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu akan melipatgandakan kerja untuk meningkat pembangunan negeri pada penggal ini.

Beliau berkata, langkah tersebut diambil untuk meneruskan lagi kerja dengan lebih pantas berbanding dilakukan pada penggal lalu.

Menurutnya, semua Exco Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kakitangan-kakitangan kerajaan serta agensi supaya memenuhi aspirasi kerajaan negeri.
Selanjutnya

Tiada pembangkang, Terengganu akan wujud 'backbenchers'

Terengganu akan mewujudkan ahli backbencher (penyokong) yang akan berperanan menegur setiap kepincangan serta bertindak sebagai semak dan imbang dalam pentadbiran negeri.

Menteri Besar sementara Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu akan diambil kerana tiada wakil daripada Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.

"Saya rasa kita kena lihat dari aspek yang positif dan sudah tentunya kerajaan akan mewujudkan backbancher iaitu penyokong kerajaan yang secara tersusun dapat mengkritik dan memberi teguran serta memberikan cadangan kepada kerajaan.

Permohonan I-Bantuan

iBantuan Terengganu merupakan sebuah portal sehenti bagi semua program bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Sistem iBantuan ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kemudahan semakan pemohon.

Maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui iBantuan.

Penggunaan sistem iBantuan ini selari dengan kemajuan teknolog yang membolehkan segala proses permohonan dan semakan dilakukan secara dalam talian.

iBantuan Terengganu: Daftar, Mohon, Semak Status Kelayakan

Seterusnya
Xde